Assalamualaikum.
Tulisan ini aku dapat dari kiriman whatsapp yang di hantar semalam. Puas aku pikir betulkah? Tapi kalau tak percaya berani sangat ke aku. Bukan ke aku merupakan salah seorang yang bertugas di bangunan ini...huhuhu. Aku boleh percaya 50% selainnya macam tak ada fakta. Bacalah ya dekat bawah tuh.
Sebelum aku sambung belajar di luar negara dulu, aku menganggur 
selama 6 bulan. Masa tu hidup aku bosan gila sebab kawan-kawan dah masuk
 universiti. Adik-adik aku pula di asrama. Jadi aku tak ada geng nak 
ajak lepak.
 Satu hari tu, aku dah bosan sangat, aku pergilah cari
 kawan-kawan aku yang dah masuk universiti. Aku tinggal di Johor Bahru, 
jadi universiti terdekat adalah Universiti Teknologi Malaysia(UTM). 
Pertama kali aku sampai UTM, aku dah terus jatuh cinta. Maksud aku, aku 
suka gila dengan persekitaran UTM.
  UTM ni sangat luas, 
universiti kedua terluas di Malaysia selepas Universiti Pertanian 
Malaysia(UPM). Namun, yang paling buat aku suka UTM ialah rekaan 
bangunannya mempunyai unsur senibina melayu dan ia kelihatan seperti 
pusat peranginan. Ada tasik, ada taman rusa, ada taman ekuin, banyak 
tempat berteduh.
 Masa tu, aku banyak lepak di Kolej Rahman 
Putra(KRP), Kolej Tun Razak(KTR), dengan satu blok kediaman yang macam 
bangunan apartmen. Entah apa nama kediaman tu. Dah tak ingat. Ah, tak 
kisahlah, tak ada kena mengena dengan cerita aku nak sampaikan ni.
 
     Ada satu malam tu, aku pergi ke UTM nak jumpa kawan aku ni. Nama 
dia Izwan, orang panggil di Iwe. Dia tinggal di KRP, jadi bila sampai 
KRP aku pun telefon dia suruh turun dari bilik. Janji nak jumpa jam 8 
malam, sekali bila dah sampai, dia kata dia ada di perpustakaan, tengah 
buat kerja. Aduh!
     “Aku dekak PSZ nim. Mu mari sinilah” kata dia menerusi telefon.
     “PSZ tu apa benda?”
     “Pustaka’e Sultana Zana-rhiya”
     “Oi! Kau janganlah sebut guna loghat Kelantan! Susah aku nak faham! Kau jangan sampai aku cakap pakai bahasa Jawa!”
     “Hahaha! OK OK!”
 “PSZ ni dekat mana?!”
 “Dekat sebelah masjid. Nanti dah sampai. Kau masuk je dalam, lepas tu 
turun tingkat bawah sekali. Aku ada dekat hujung, dekat tingkap”
 “OK, aku gerak sekarang”
 Aku pun bergegaslah ke sana. Lepas parkir kereta, aku lihat bangunan 
PSZ tu. Wah, besar juga perpustakaan ni. Rekaannnya pelik sedikit sebab 
nak masuk pintu utamanya, kena naik sedikit tangga dan masuk melalui 
aras 3. Unik betul. Lepas masuk, aku pun terus pergi cari lif. Tekan je 
butang lif, pintunya terus terbuka.
 Aku masuk ke dalam lif dan 
tekan butang paling paling bawah. Butang bernombor 1 menyala. Lif pun 
tertutup dan mula turun. Selepas hampir 30 saat, lif masih tak 
berhenti-henti. Peh, bukan main lembab lif ni bergerak. Sejak UTM dibuka
 pada tahun 1985 tak pernah servis lif agaknya. 
 Ting!
 
Apabila pintu lif terbuka, aku terus keluar. Fuh, dekat aras ni banyak 
betul rak buku. Berbaris-baris. Berlapis-lapis. Dari hujung ke hujung. 
Aku toleh ke kiri dan kanan untuk cari Iwe. Dia kata dia di hujung. 
Hujung mana? Kiri ke kanan? Tak nampak tingkap pun! Ah redah sahajalah. 
Kalau dah namanya tingkap, mesti di tepi dinding, kan?
 Aku pun menyusur dinding perpustakaan itu.
 Sunyi bukan main, hanya dengar dengungan lampu kalimantang yang 
kedengaran. Aku melewati satu persatu barisan rak buku di sebelah kanan 
aku. Bau buku-buku lama mula singgah di hidung. Ada orang panggil ia bau
 hapak, ada orang pula panggil ia bau ilmu. Aku tergolong dalam golongan
 kedua. Bau buku ni boleh buat aku tenang.
 Terasa macam ada orang
 berdiri di lorong antara barisan rak. Aku berhentikan langkah, 
mengundur sedikit, lalu jengah ke lorong berkenaan. Tak ada sesiapa. 
Cuma nak nampak dinding putih nun jauh ke hujung sana. Perasaan aku je 
kot. Aku keluarkan telefon dan kembali mengorak langkah mencari Iwe.
     “Oi, kau kat mana? Aku tak nampak pun tingkap dekat aras 1 ni”
 Aku Whatsapp mesej tu kepada Iwe. Di hujung mesej tu keluar ikon muka 
jam. Aku tunggu beberapa saat, masih juga kekal ikon itu. Ish tak ada 
liputan telefon ke di bawah ni? Aduhai. Aku masukkan semula telefon ke 
dalam poket dan teruskan berjalan ke hujung ruang perpustakaan. 
 
Tiba di satu penjuru ruang perpustakaan ni, ada banyak meja besar dalam 
barisan berkembar. Setiap satunya ada enam kerusi. Dari tempat aku 
berdiri aku nampak kelibat orang yang berjalan ke celah-celah rak buku. 
Selain itu, ada sebuah buku di atas meja di salah satu meja di 
tengah-tengah. Buku tu ditinggalkan ternganga di sana. 
 “Iwe..” sapa aku perlahan.
 Tak ada orang sahut. Hanya kedengaran bunyi deruman serta getaran air 
handling unit(AHU) yang mungkin berada di aras ini. Kesejukan pendingin 
hawa mula terasa di kulit. 
 “Iwe?” sapa aku lagi sambil berjalan ke arah buku tu.
 “Shhhhhhh!” 
 Kedengaran suara seperti orang menyuruh aku senyap di kawasan rak-rak 
buku. Aku pun toleh ke arah itu sambil menekup mulut. Ada notis di 
tiang. Gambar orang yang jari telunjuknya diletak di bibir dan tertulis 
 “Zon Senyap” di bawahnya. Lorong antara rak di situ kosong. Tiada 
sesiapa. 
 Ding!
 Telefon aku berbunyi dan bergetar di dalam
 poket. Aku pun keluarkan dari ia dari poket. Ada notifikasi Whatsapp. 
Aku buka aplikasi tu dan baca mesej berkenaan. Ia datang dari Iwe.
 “Aku rasa aku nampak mung tadi, tapi mung salah arah. Aku di hujung belah satu lagi.”
 “OK ”balas aku.
 Kemudian aku pun menyusuri lorong yang di hadapan aku ni untuk ke 
hujung satu lagi. Semasa aku berjalan, aku dengan macam ada rasa orang 
mengekori aku. Aku pun toleh belakang untuk periksa. Tiada sesiapa. Aku 
percepatkan langkah. Masih ada rasa diekori. Aku toleh kiri dan kanan, 
di celah tingkat rak buku. Tak nampak sesiapa di lorong-lorong 
bersebelahan.
 Jantung aku makin laju. Laju sebab aku diselubungi 
ketakutan dan laju kerana aku berjalan dengan begitu pantas. Aku cuba 
pasang telinga, tapi tak ada dengar bunyi derap kaki. Aku cuba 
mengerling ke sekeliling tapi tak nampak kelibat orang. Tak pasti kenapa
 aku rasa diekori. Aku cuba atur nafas aku supaya lebih tenang. Bila dah
 tenang, aku perasan sesuatu.
 Ada bunyi macam orang bernafas, di atas.
      Aku pandang atas. Terus keras jantung aku aku bila nampak ada 
sesuatu sedang menjenguk aku dari atas rak buku. Muka dia polos 
memandang aku. Anak mata dia memandang aku atas bawah. Mulutnya yang 
sedikit ternganga perlahan-lahan berubah menjadi senyuman, lantas  
kelihatan barisan gigi yang kecil dan jarang. Aku berdiri kaku dan 
sebaik sahaja aku terfikir menjerit, ia bersuara.
     “Shhhhhh……”
     Aku terus buka langkah seribu, lintang pukang aku lari, macam tak 
cukup tanah. Sambil lari tu aku toleh belakang, kiri dan kanan, serta 
sesekali dongak ke atas. Beberapa kali aku terlanggar rak buku di kiri 
dan kanan aku. Berdentang dentung bunyinya. Masa tu aku dah tak hirau 
tentang kebisingan yang aku buat. 
Lantaklah!
     Setelah beberapa
 lama aku lari, aku rasa macam aku lari di lorong yang tak ada 
penghujung. Aku boleh nampak hujung lorong ni. Ada dinding berwarna 
putih, tapi tak sampai-sampai. Selepas satu rak, ada rak lagi, dan lagi,
 dan lagi. Akhirnya aku sampai satu persimpangan antara 2 lorong. Aku 
pandang depan, pandang belakang, kiri dan kanan. 
     Ke-empat empat lorong tu macam tak ada penghujung. 
     Aku keluarkan telefon, dan buat panggilkan kepada Iwe. Panggilan 
terputus. Aku cuba sekali lagi. Putus lagi. Aku periksa bar liputan 
talian. Kosong. Aku dail 999. Panggilan di sambut dengan nada panggilan 
panjang yang tiada penghabisnya. Aku dail 112, tak sambung. Bukankah 
nombor tu sepatutnya boleh dihubungi walaupun tiada liputan rangakaian 
telefon?
     Aku mundar mandir di persimpanagn itu, tiba-tiba bar
 liputan bertambah dan telefon aku berdering dan bergetar di dalam 
genggaman aku. Terpapar nama Iwe di skrin. Panggilan dari dia. Aku terus
 jawab panggilan itu.
     “Wei, mung ade mane,bengong? Aku nunggu mung sampa tutup PSZ!” ujar dia dengan nada yang agak marah.
     “Aku dekat dalam PSZ. Tolong aku weh. Aku tak jumpa jalan keluar.”
     “Jange dok wak lolok!”
     “Weh jangan lah cakap kelantan. Aku Tak ada masa nak fikir ni. Tolong aku weh. Aku terperangkap ni. ”
     “OK OK. Sorry. Sorry.  Kau terperangkap dekat mana? Pintu terkunci ke apa?”
     “Aku dekat aras 1 ni. Tak jumpa jalan keluar.”
     “Aras 1? Kau dekat PSZ ke ni?
     “PSZ lah, ada library lain ke di UTM ni?!”
     Tiba-tiba lampu-lampu di lorong di hadapan aku terpadam satu 
persatu. Kemudian lampu lorong kanan, kemudian kiri. Aku menoleh ke 
belakang. Lampu masih menyala di lorong di belakang aku ni, Terlihat 
kelibat sesuatu sedang menjengah kepalanya dari sebalik rak buku, lalu 
sembunyi semula. Kemudian perlahan-lahan menjengah semula dari sebalik 
rak yang lebih dekat. 
     “Cepat weh! Tolong aku!” 
     
Talian terputus. Tup! Lampu semua terpadam. Gelap gelita. Aku lari. Aku 
lari sambil meraba-raba pada rak di kiri dan kanan aku sambil menyuluh 
dengan lampu dari telefon. Aku tak tahu ke mana aku lari, atau dari apa 
aku lari, tapi tetap aku lari. Aku lari sehabis nyawa. Berdebak-debuk 
buku-buku dari rak jatuh ke lantai ketika aku mengapai persekitaran aku 
untuk mencari haluan.
     “Shhh!!!”
     Kedengaran suara 
itu di belakang aku. Sangat dekat, seolah olah betul betul di tengkuk 
aku. Meremang bulu roma di seluruh badan aku. Lutut aku jadi lemah, tak 
mampu nak tampung berat badan aku sendiri. Aku terjelepok jatuh.
 
    Telefon aku terlepas dari tangan dan tercampak ke hadapan. Macam 
lipas kudung aku menggelupur di atas lantai ketika cuba bangun semula. 
Akibat terlalu menggelabah aku tersandung-sandung kaki sendiri, hingga 
tersungkur beberapa kali. Namun, akhirnya dapat juga aku kutip semula 
telefon aku dari lantai.
     Dalam keadaan masih terduduk, aku 
berpusing ke belakang dan menyuluh lampu telefon ke lorong yang tadi 
berada di belakang aku. Aku sangka akan nampak makhluk yang mengekori 
aku, namun hakikatnya lorong itu tiada sesiapa atau apa-apa selainn 
barisan rak buku yang tak nampak hujungnya.
     Aku terdengar 
sesuatu di arah kanan aku. Sesuatu yang agak familiar. Sayup-sayup 
suaranya. Aku pasang telinga dengan lebih teliti, sambil mata aku meliar
 ke sana-sini. Azan! Tu suara orang laungkan azan. Perlahan-lahan aku 
bangun berdiri. Aku jalan ke arah suara azan tu. Aku jumpa hujung lorong
 rak buku. Ada dinding. Antara dinding dan rak-rak buku tersebut ada 
ruang sempit.
 Laungan azan tu di sebelah kanan, jadi aku menyusur
 dinding ke arah itu. Azan tu kedengaran semakin kuat. Sebelah tangan 
aku menyuluh dinding dengan lampu telefon, sebelah lagi raba-raba 
dinding tersebut. Tak lama lepas tu aku terlihat bukaan pintu di hadapan
 aku. Aku percepat langkah aku ke arah pintu yang ternganga itu
 
Semakin kuat. Azan tu semakin jelas. Tanpa berlengah, aku masuk pintu tu
 dan nampak lif sebaik sahaja aku suluh ke dalamnya. Aku terus terjah ke
 hadapan dan tekan butang lif. Lampu butang lif tu menyala. Bunyi 
deruman lif bergerak. Getarannya juga dapat aku rasa. 
 “Cepat! Cepat! Cepat!    “ gumam aku sendiri.
 Kedengaran bunyi pintu di belakang aku dikuakkan. Aku toleh sambil 
menyuluh ke arah pintu. Tak nampak apa-apa mulanya, namun kemudian aku 
perasan ada pergerakan di bahagian penjuru bawah sebelah kiri. Aku 
suluh! 
 Wajah makhluk tadi menjelma dari sebalik bingkai pintu. 
Mendongak ke atas. Seperti tadi mukanya polos. Matanya ligat memandang 
aku atas dan bawah. Bila aku tersuluh mukanya, anak matanya membalikkan 
cahaya merah. Ia perlahan-lahan menggelengkan kepala.
 Aku pandang
 semula pada lif dan menekan butangnya berkali-kali. Sambil tu aku toleh
 belakang semula, dan lihat benda tu masih memandang aku atas bawah. Tak
 boleh jadi! Aku tak boleh tunggu lif lagi. Aku kena larikan diri. Aku 
kena naik. Pintu keluar di atas. MAcam mana nak naik? Tangga! Aku 
teringat tadi sebelah lif ada tangga. Aku suluh ke sebelah lif. Betul! 
Ada tanga!
 Terus aku berlari ke arah tangga dan meniti menaiki 
tangga 2-3 anak tangga sekali langkah. Sampai di tingkat mezzanin, aku 
kena pusing naik. Ketika itu aku nampak di benda tu dah menjengah di 
anak tangga paling bawah. Aku teruskan lari naik atas walaupun di atas 
kelihatan gelap.
 Sampai sahaja di aras atas, tiba-tiba mata aku 
perit ditusuk cahaya yang membutakan. Aku hadang cahaya tu dengan 
tangan. Di aras 2 ni lampu cerah. Sewaktu anak mata aku sedang sesuaikan
 diri dengan cahaya tu, pandangan sangat kabur, namun aku terlihat ada 
kelibat  beberapa orang berdiri di hadapan lif. Kedengaran salah seorang
 daripada mereka sedang bercakap, dengan loghat Kelantan.
 “Iwe?” sapa aku.
 Mereka semua menoleh dan bergegas mendapatkan aku. Ternyata salah 
seorang dari mereka tu memang Iwe. Tuhan je tahu betapa leganya aku 
dengarnya lihat dan dengar suara mamat Kelantan tu. Lagi dua orang tu 
aku tak kenal, tapi seorang tu berpakaian seperti pengawal keselamatan. 
 “Awak di mana tadi? Puas cari setiap aras tak jumpa. Semua bilik kita orang periksa. Tak jumpa” soal lelaki seorang lagi tu. 
 “Kau turun dari aras mana ni?” soal Iwe.
 “Dari aras 1. Kan aku kata aku di aras 1” jawab aku
 “Aras 1?” kata pengawal keselamatan tu.
 “Kamu dari bawah?” soal dia lagi
 “A’ah.”
 “Naik dari mana?”
 “Tangga”
 “Tangga mana?”
 “Tangga ni” kata aku sambil tunjuk tangga yang aku guakan tadi.
 Pegawai keselamatan tu suluh dan menjengah ke belakang aku, ke arah 
tangga. Iwe dan sekolah lelaki lagi tu pun ikut jengah. Terkebil-tebil 
mata dia orang. Melihat mereka begitu, aku pun toleh ke belakang. Aku pula terkebil-kebil.
 Tak ada tangga menuju ke bawah. Di tempat yang aku tangga aku naik tadi
 lantai rata. Cuma ada tangga ke aras atas, iaitu ke aras 3. Aku toleh 
semula kepada 3 orang yang berada di hadapan aku.
 “PSZ ni tak ada aras 1” kata Iwe.
 Di pendekkan cerita, selepas Iwe telefon aku, dia terus beritahu 
pustakawan yang aku terperangkap di dalam. Ketika tu dah jam 1030 malam,
 PSZ dah sepatutnya ditutup. Pustakawan dan Iwe cuba cari aku di setiap 
tingkat, tapi tak jumpa. Maka pengawal keselamatan dipanggil.
 
Mereka cuba hubungi telefon aku tapi tak disambungkan. Memandang aku 
kata aku di aras 1, mereka beranggapkan aku maksudkan aku di aras 2 
kerana aras 2 adalah aras paling bawah. Bangunan ni ada empat aras 
perpustakaan, iaitu aras 2 hingga aras 5. Lif dan tangga hanya digunakan
 untuk ke empat aras ini sahaja.
 Oleh itu pencarian ditumpu di 
aras 2. Namun, setelah puas mencari, dan gagal, maka pengawal 
keselamatan tu cadangkan supaya cuba laungkan azan. 
 “Kenapa bangunan ni tak ada aras 1?” soal aku penuh kecurigaan.
 “Entah” kata Iwe.
 “Sebenarnya bangunan ni ada aras satu” jawab lelaki yang kini aku tahu dia seorang pustakawan. 
 Iwe, pengawal keselamatan, dan aku pandang ke arah pustakawan tu,.
 “Cuma ia tak boleh di akses dari dalam bangunan. Di aras bawah tu 
terletak sistem AHU. Boleh akses dari luar sahaja. Itu pun sebahagian 
daripada di bawah tanah. Saya pun tak pernah masuk. Technician je boleh 
masuk sana” kata pustakawan tu.
 “Yang penting tak ada buku di sana” sambungnya lagi,
 Sampai sekarang aku tak tahu aku pergi tu aras mana. Pengawal 
keselmatan tu siapab bawa aku periksa semula tangga, memang sampai aras 2
 sahaja. Periksa lif, memang ada butang aras 2-5 sahaja. Misteri 
sungguh!
 Kemudian aku beritahu tentang penampakan makhluk yang 
aku jumpa di aras 1 tu. Tercegang mereka dengar, kecuali pustakawan tu. 
Dia seperti tidak terkejut dengan cerita aku tu, seperti susah tahu 
kewujudan makhluk itu.
 “The Librarian” kata pustakawan tu.
 Menurutnya semenjak dia kerja di PSZ ni, dia ada dengar orang cerita 
pasal penunggu perpustakaan ini yang di panggil dengan nama tu. Ia akan 
muncul jika para pengunjung buat bising atau lakukan perkara yang tak 
elok dalam bangunan ni. Makanya, jika kalian ke PSZ, jaga adab 
masing-masing. Jika tidak The Librarian aku menjengah dan menegur.
 Shhhh….!
 Jika kalian suka baca kisah seram, follow FB Kamarul Ariffin Nor Sadan. Pasti tak menyesal. 
 Trivia: Pada tahun 2014, sebuah perpustakaan lagi telah di bina di UTM.
 Perpusatakaan yang lebih moden dan kontemporari itu diberi nama 
Perpustakaan Raja ohm (PRZS).